Friday, July 24, 2020

Selamat Datang !!!
Terima Kasih Kerana Mengunjungi Web Perpustakaan KKLJ .
Kami komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna Perpustakaan Kolej Komuniti Ledang. Web ini masih dalam pembinaan.. Segala sebarang kesulitan amat di kesali.
Terima Kasih.

Wednesday, October 27, 2010

1MALAYSIA SEJUTA PUISI CATAT REKOD


KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records apabila menamatkan bacaan rangkap puisi '1Malaysia' terbanyak tanpa henti dalam tempoh 34 jam dan 36 saat hari ini.

Peristiwa bersejarah itu bermula pada 6 petang Jumaat dan berakhir kira-kira 10.30 pagi tadi dengan bacaan 10,118 rangkap puisi oleh 360 peserta daripada kalangan warga PNM, UPSI, Dewan Bahasa dan Pustaka, selebriti, penjawat awam, pelajar dan orang ramai.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, puisi-puisi yang dideklamasikan itu bertemakan '1Malaysia' dan disertai oleh semua kaum.

"Program ini bukan sekadar untuk mencipta nama tetapi untuk menggalakkan pembudayaan bahasa Melayu dan juga menyemarakkan lagi gagasan 1Malaysia," katanya kepada media di sini.

Beliau sebelum itu hadir majlis penutupan program '1Malaysia Sejuta Puisi' oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rothiah Omar.

Katanya, selain dirakam dalam video cakera padat (VCD) untuk diedarkan kepada orang ramai, semua puisi yang dideklamasi pada program itu akan dibukukan apabila jumlahnya mencukupi satu juta.

"Kemungkinan jumlah itu dapat dicapai sebelum penghujung tahun depan melalui sumbangan daripada orang ramai di kaunter PNM dan pelajar-pelajar UPSI yang akan turut menyumbang melalui universiti mereka," katanya.-Bernama

Di petik dari Berita Harian (25 Okt 2010)

Monday, October 25, 2010

Minggu Perpustakaan KKLJ

Mulai 1 November hingga 15 November 2010, perpustakaan Kolej Komuniti Ledang telah menganjurkan minggu perpustakaan.Selama mingu ini berlangsung, setiap pengguna perpustakaan yang lewat memulangkan buku akan di berikan diskaun sebanyak 20 % untuk membayar denda. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna agar memulangkan buku yang lewat di pulangkan dengan kadar segera.Selain itu, jangkamasa pinjaman juga di lanjutkan DARI 14 HARI KEPADA 21 HARI.Selain itu, kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan buku atau majalah bolehlah terus datang ke perpustakaan dan setiap penyumbang akan di berikan saguhati dari pihak perpustakaan..