Kolej Komuniti Ledang KM 5, Jalan Payamas 84900 Tangkak Johor No Tel:06-9789295/9291 Fax:06-9791682 email : kkljlibrary@yahoo.com
Wednesday, October 27, 2010
1MALAYSIA SEJUTA PUISI CATAT REKOD
KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records apabila menamatkan bacaan rangkap puisi '1Malaysia' terbanyak tanpa henti dalam tempoh 34 jam dan 36 saat hari ini.
Peristiwa bersejarah itu bermula pada 6 petang Jumaat dan berakhir kira-kira 10.30 pagi tadi dengan bacaan 10,118 rangkap puisi oleh 360 peserta daripada kalangan warga PNM, UPSI, Dewan Bahasa dan Pustaka, selebriti, penjawat awam, pelajar dan orang ramai.
Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, puisi-puisi yang dideklamasikan itu bertemakan '1Malaysia' dan disertai oleh semua kaum.
"Program ini bukan sekadar untuk mencipta nama tetapi untuk menggalakkan pembudayaan bahasa Melayu dan juga menyemarakkan lagi gagasan 1Malaysia," katanya kepada media di sini.
Beliau sebelum itu hadir majlis penutupan program '1Malaysia Sejuta Puisi' oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rothiah Omar.
Katanya, selain dirakam dalam video cakera padat (VCD) untuk diedarkan kepada orang ramai, semua puisi yang dideklamasi pada program itu akan dibukukan apabila jumlahnya mencukupi satu juta.
"Kemungkinan jumlah itu dapat dicapai sebelum penghujung tahun depan melalui sumbangan daripada orang ramai di kaunter PNM dan pelajar-pelajar UPSI yang akan turut menyumbang melalui universiti mereka," katanya.-Bernama
Di petik dari Berita Harian (25 Okt 2010)
Monday, October 25, 2010
Minggu Perpustakaan KKLJ
Monday, October 4, 2010
PROGRAM JOM BACA!
Selasa (27 Julai 2010) - Majlis Perasmian Program Jom Baca!
Banting Program Jom Baca
Acara memotong kek sebagai simbolik perasmian program
Johan pertandingan
Erni Fiziana Bte Mohd Selamat cuba memberikan persembahan terbaik dlm mendeklamasikan sajak bertajuk Erti Kemerdekaan
Gaya dan teknik penyampaian menjadi aspek utama dalam penilaian kepada peserta
Para juri yang mengadili pertandingan
Norhanizah Ishak pelajar Semester 2 Sijil Pengajian Perniagaan menyampaikan sajak bertajuk Sumpah Anak Merdeka
Khamis (29 Julai 2010) - Pertandingan Memburu Maklumat
Sedang bertungkus lumus mencari maklumat di sudut majalah
Peserta sedang menggunakan kemudahan internet yang di sediakan di dalam perpustakaan
Peserta mencari jawapan dalam kuiz mencari khazanah ilmu
Jumaat (30 Julai 2010) - Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Mohd Khairuddin Bin Jalil terpilih sebagai johan pertandingan yang membawakan lagu Warisan
Naib Johan pertandingan, Mohd Hanif Bin Ngadimin yang menyampaikan lagu Bahtera Merdeka
Mohd Loqman Bin Zulkifli menyampaikan lagu Prajurit Tanah Airku dan terpilih sebagai tempat ke -3
Para juri yang mengadili pertandingan
Selasa (10 Ogos 2010) - Majlis Penutup Program Jom Baca
Pengarah Kolej Komuntiti Ledang ingin menandatangani banting perasmian
Menyanyikan lagu Membaca Gaya Wawasan dan Keranamu Malaysia
Penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan
Pengarah Kolej Komuniti Ledang menyampaikan hadiah kepada pemenang